Tuesday, January 4, 2011

.....

Sedikit cerita utk renungan bersama..

cerita kesedihannya:

"kadang kala fikiran aku macam serabut sangat dengan kisah hidup aku sekarang.Mungkin ke satu hari nanti aku akan dapat apa yang aku impikan.
Kadang2 aku rasa sedih jugak, apa yang aku usahakan xtercapai. aku redha mungkin itu bukan rezeki aku. tapi jauh disudut hati aku, aku tetap rasa sedih mana xnye ape yang aku impikan xkesampaian,..ah!!aku fadeup dgn semua ni. hidup aku rasa serabut..hidup ni perlukan modal, tp mana aku nak dapatkan modal tu..semua itu memberikan aku tekanan..
adakalanya aku tertanya2 kenapa aku??bukan ke aku dah usaha??bila??kenapa??dan kenapa aku??salahkah aku??mungkin itu persoalan yang aku fikirkan yang membuatkan otak aku celaru.
walaupun sedih dikala aku dikatakan tidak berjaya, namun aku sedih sendirian..aku tak mahu luahkan kepada kedua ibu bapaku,kerana aku xmahu mereka sedih. aku tahu mereka lagi sedih sebab mereka tentunya mengharapkan ssuatu dari ku..
xsiapa tahu tahap kesedihan aku tatkala itu, air mata mengalir semakin deras tak tersembunyi lagi. mungkinkah ada peluang lagi utk ku..mungkin ada,tapi jarak masanya agak panjang.
aku tak boleh berharap lagi pada yang satu. aku bukanlah sebaik yang disangka, aku kena berusaha berdiri ditapak kaki sendiri untuk mengorak langkah aku membina kerjaya demi kebahagiaan kedua org tua kau..semakin hari semakin meningkat usia setiap manusia,dan apa yang aku bimbangkan hati aku, sempatkah aku membahagiakan hati mereka sebelum mereka sebelum mereka memejamkan mata untuk selamanya...mungkinkah peluang itu masih milik aku??"

...............................................

No comments: